Friday, 5 August 2016

                                                              Pakaian  Tradisional



Hai...hari ini anda berjumpa saya dengan sya lagi..kali ini post saya tentang pakaian tradisional yang berada di sarawak..harap anda terhibur dan dapat belajar serba sikit tentang pakian tradisional.


Kaum  Bidayuh

Kaum Bidayuh adalah masyarakt yg mendiami kawasan barat daya Sarawak,terutamanya Bahagian Serian,Kuching dan di barat Kalimantan.Mereka terdiri daripada empah pecahan etnik.
warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakt Bidayuh.Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.Pakaian ini sangat unik serta mempunyai daya tarikan tersendiri kerana warna nya yang berlainan dari yg lain.

 Kaum Iban

Orang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak.Bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa Dayak Laut,Dayak Darat,Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.Pakaian bangsa iban digunakan semasa hari gawai atau ketika menyambut tetamu dari luar negara.kadang2 digunakan time kahwin.


                                                               Kaum  Melayu


Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaa lelaki Melayu.Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866(kini dikenali sebagai Johor Bahru).Pakaian ini selalu dipakai semasa ada majlis tertentu,solat jumaat atau majlis perkahwinan.Pakaian ini mempunyai keunikan kerana warna serta tone pakaian.



Kaum Cina

Pakaian cheongsam atau ,baju pantang, yang selesa dan anggun juga sering dilihat ke hari ini.Pakaian ini dipakai semasa tahun baru cina atau semasa ada perayaan penting.Warna yg cerah serta terang membuatnya mencerah semasa memakai.


Kaum India

 Sari adalah pakaian tradisional kaum india.pemakaian ini sering digunakan semasa hari perayaan atau semasa majlis rasmi atau sesuatu majlis yg penting.Pakaian ini digunakan oleh kaum india seluruh dunia serta bangsa lain kerana keunikan yang tersendiri.oleh itu,anda boleh mencubanya...



SEKIAN DARI SAYA.HARAP ANDA TERHIBUR MEMBACA.MAAF JIKA TERSILAP BAHASA ATAU INFO.





                                               Makanan Tradisional  Rakyat Kuching



     Hi semua.anda berjumpa saya lagi dalam blog ni.kali ni sya ingin mnceritakn tntng makanan tradisional so harap anda trhibur membaca dan blh try ya kt kuching.


                                                            AYAM PANSUH

Ayam pansuh atau manuk pansuh adalah hidangan yang disediakan dengan memasak daging ayam dalam buluh dan disumbat dengan air(yang kemudiannya menjadi sup)perasa ditutup dengan daun ubi kayu dari tumbuhan ubi kayu(kemudian boleh dimkn bersama-sama engan ayam yg dimasak).Asal ayam pansuh tidak diketahui,tetapi kaum Iban dan Bidayuh dari barat Borneo sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana2 hari perayaan,terutama Gawai Dayak.Ayam pansuh adalah biasa di kalangan masyarakat  sarawak.
                                                                     Mi Kolok

Mi kolok(juga dieja mi kolo),mi kering ataupun mi rangkai(daripada perkataan Iban rangkai,bermaksud "kering")adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak.Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini.Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.Bagi yg baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap.soboleh lah anda try datang sini dan mencuba ya....tak rugi pun.


Laksa Sarawak

Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia.Bahan utamanya adalah sambal laksa yg diperbuat daripada pelbagai ramuan.Ia mempunyai sup asas 
mengandungi sambal belacan yg memberikannya warna seakan kemerahan yg turut dicampur dengan santan,asam jawa,bawang putih,lengkuas dn serai.Laksa Sarawak iuga turut mudah didapati di negeri
negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam.Untk tahu perbezaan,anda dijemput dtg ya ke sarawak dan try sndri.

Umai Sarawak

UMAI merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan.ia adalah mudah untuk disedialn.itu adalah sebab ianya menjadi makanan utama golongan nelayan.mari kita mencuba.rasa ikan yang pedas serta enak.datang beramai2 ke sarawak untk menikmati nya.


SEKIAN DARI SAYA...TERIMA KASIH...JIKA ADA REZEKI KITA BERTEMU LAGI.HARAP ANDA TERHIBUR.

Wednesday, 20 July 2016

                            
                   Place To Visit In Kuching                 


     

Hai.Selamat Datang ke blog saya.saya akan menceritakan tentang tempat untuk dilawat semasa
anda melawat kuching.Kuching mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk anda sekeluarga,individu,berpasangan.Contoh tempat yang anda boleh melawat adalah seperti gambar di bawah dan banyak lagi.so saya harap anda enjoy serta boleh lah try untuk melawat kuching.


Ini adalah contoh muzium di kuching.Di dalam muzium ini anda boleh melihat haiwan serta sejarah tentang suku kaum yang berada di sarawak.Selain itu,anda boleh membaca sejarah tentang latar belakang sarawak.








Ini adalah waterfront,riverside atau tepi sungai.tempat ini selalu dilawat oleh para pelancong kerana tertarik dengan keindahan disekitar malam hari serta  dapat menikmati makanan tradisional disamping jualan yang berada di  kawasan tersebut.jika anda ingin membawa anak anda jalan.ianya boleh menjadi tempat yang indah untuk dikunjung.
Yang ini adalah Topspot.ianya menjual makanan seafood,sayur dan macam2 lagi.makanan disini sering menjadi tempat kunjungan para pelancong serta warga tempatan.Makanan disini adalah halal serta bersih.jika anda datang ke kuching,anda boleh lah menikmati makanan yang berada disini kerana ditanggung halal serta banyak aneka makanan selain mempunyai makanan tradisional.



Yang ini pula adalah kucing.ianya seperti lambang atau hampir2 sama dengan nama bandar tersebut iatiu kuching.para pelancong boleh melawati serta bergambar disini.ianya sesuai untuk seisi keluarga,kanak2 atau pasangan.selain ianya boleh menjadi kenangan yang indah untuk anda nikmati apabila anda balik ke tempat masing2.


Yang ini adalah kampung budaya sarawak.dalam ini terdapat sejarah,latar belakang serta suku kaum yang menghuni di sarawak.terdapat banyak suku kaum serta rumah tradisional yang terdapat di dalam ini.para pelancong atau warga yang melawat boleh berkunjung untuk menikmati keindahan yang terdapat dalam ini.harga untuk masuk adalah berpatutan serta mampu dimiliki.


Terima kasih kepada pembaca serta orang yang melawat blog.ini adalah entri untuk tempat melawat di kuching.harap berjumpa lagi.